Monday, 7 December 2015

Churros



Bahan-bahan :

2 cawan air
2 sudu besar gula
3 cawan tepung
2 biji telur
1 sudu teh garam
2 sudu besar butter/marjerin/minyak masak.

Cara-cara:

Didihkan air. Kemudian masukkan gula, garam dan butter. Bila dah sebati ketiga-tiga bahan, perlahankan api. 

Masukkan tepung dengan cepat. Untuk elakkan tepung berketul. Masukkan tepung secara menabur. Bukan sekaligus. Kemudian kacau sampai sebati. Masa ni nak tutup api pun boleh dah.

Angkat dari dapur. Masukkan telur. Kacau lagi sampai sebati. 

Tunggu sejuk sedikit. Kemudian bolehlah terap guna acuan bentuk bintang baru menjadi.


Kemudian goreng sehingga kuning keemasan.


Angkat dan taburkan dengan gula halus. Boleh juga dimakan dengan nutella.


Sedap.!









No comments:

Post a Comment