1. 1 batang kubis cina
2. 2 batang karot
3. 6 Cili padi
4. Daun bawang (tak letak)
Bahan-bahan pes:
1. 1 1/2 biji bawang Holland2. 5 ulas bawang putih
3. 1 inci halia
4. 5 sudu besar Cili kisar
5. 2 sudu besar sos ikan
6. 3 sudu besar serbuk cili (nak pedas letak lebih)
7. 2 sudu besar gula
8. 1 sudu besar garam
Bahan-bahan untuk perapan:
1. Garam2. Air
- Kubis cina yang baru dibeli dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih dengan air yang bersih. Lepas tu lumurkan dengan garam di setiap helaian daun kubis.Selepas semua dilumur dengan garam, simpankan kubis di dalam peti ais semalaman.
- selepas semalaman dilumur dengan garam, kubis menjadi lembik dan sangat tidak bermaya. Kasi potong kubis kecil-kecil dan basuh dengan air paip sinki. Buang air garam pada kubis untuk mengelakkan garam berlebihan pada kubis dan menyebabkan kemasinan melampau pada kimchi anda.
- selepas bawang holland, bawang putih, halia, gula dan air dikisar di dalam blender. Air jangan letak banyak sangat sebab kubis itu sendiri nanti akan membekalkan air pada kimchi itu nanti.
- Cili kisar dan lobak merah yang telah diparut. Saya guna cili giling sedia ada di Tesco, sebab malas nak blender cili kering.
- Campurkan kesemua bahan-bahan pes ke dalam bekas kubis
- Masukkan lobak merah dan gaulkan bagi rata kesemuanya. Jangan lupa masukkan sos ikan ketika menggaul kesemua bahan-bahan di atas. Jangan lupa untuk masukkan serbuk cili untuk menyerikan lagi kimchi anda dengan warna yang lebih merah dan menambahkan rasa pedas pada kimchi.
- Ok, dah siap akhirnya kimchi saya. Simpan dalam peti ais untuk proses perapan yang sempurna. Kimchi ni sedap dimakan dengan nasi campur, bubur dan ramyun. Selain tu, makan dengan maggi pon sedap juga.
No comments:
Post a Comment